Terdapat pelbagai jenis haiwan jinak di sekeliling kita. Haiwan jinak adalah binatang yang tidak ganas. Pernahkah murid-murid melihat haiwan jinak tersebut.
arnab
kura-kura
anjing
kucing
burung
Apakah haiwan jinak yang kamu suka?
Marilah kita buat latihan.Sila tekan.
Terdapat pelbagai jenis sayuran dijual di pasar. Pernahkah murid-murid lihat atau makan sayur tersebut.
timun
kubis
sawi
cili
lobak
terung
Marilah kita buat latihan.Sila tekan.
Terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang pernah kita lihat dan makan. Adakah muird-murid tahu bahawa terdapat dua jenis buah-buahan iaitu buah-buahan tempatan dan buah-buahan luar negara. Buah-buahan tempatan adalah buah yang ditanam dalam negara kita manakala buah-buahan luar negara adalah import dari luar negara.
Adakah kamu tahu bahawa buah-buahan adalah makanan yang baik bagi kesihatan badan kita. Buah-buahan mengandungi banyak vitamin dan baik bagi kita semua. Oleh itu, kita mestilah makan buah-buahan.
Marilah kita buat latihan.Sila tekan.
Terdapat pelbagai jenis bentuk di sekeliling kita.
Marilah kita buat latihan.Sila tekan.
Terdapat pelbagai jenis rumah di sekeliling kita. Marilah kita belajar bersama-sama mengenai rumah-rumah tersebut.
Apakah jenis rumah yang murid-murid tinggal sekarang?
Marilah kita buat latihan.Sila tekan.
Di sekeliling kita terdapat pelbagai jenis warna. Adakah murid-murid mengenai warna-warna tersebut? Marilah kita belajar bersama-sama.
Apakah warna yang kamu suka?
Marilah kita buat latihan .Sila tekan.
Apakah alat tulis yang akan dibawa oleh murid-murid semasa belajar di sekolah. Alat tulis yang biasa akan digunakan oleh murid-murid adalah seperti gambar di bawah.
Alat tulis ini adalah sangat penting kepada kita. Oleh itu, murid-murid mesti simpan dan jaga dengan baik selepas menggunakannya.
Marilah kita buat latihan.Sila tekan.